Sebab Ditakutkan. lalu jadi takut.

Bismillah. Assalamualaikum.




Malas mau berbunga-bunga lagi. terus kepada point.

Mahasiswa sekarang penakut! Pengecut! Bacul!
Huha sana-sini! Komplen sana sini! 
Komplen jak la kerja kan? mau sama-sama membantu dalam mengatasi masalah bukan mahu?
Apa itu mahasiswa yang kita mahu?

Allah sedihnya. aku sedih pada diri sendiri. sebab masih berada dalam kepompong ketakutan. takut apa tindakan yang dikenakan. padahal perlembagaan sudah menetapkan itu ini begitu begini.

Jika kini kita dapat lihat REVOLUSI RAKYAT dengan perhimpunan-perhimpunan, BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, LYNAS, ANAK FELDA, TANAH ADAT, ROYALTI, dan paling terbaru dan himpunan terbesar, HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.

semalam dalam bilik kelab cakap lebih, kami ada membincangkan tentang apa itu Revolusi? Adakah revolusi dapat membantu dalam keamanan sesuatu tempat?
Tapi aku bukan mau explain tentang keamanan la kan.
tapi. REVOLUSI.

REVOLUSI = perubahan dalam bentuk kekerasan, mengubah sistem dengan kekerasan.

sumber: En. Penasihat, beliau rujuk syeikhul google la kali.

kan. Bila berlaku revolusi rakyat, apa yang terbayang, rusuhan,demonstrasi, kerosakan harta benda, luka sana sini, kemerosotan ekonomi berikutan revolusi dan macam-macam perspektif negatif. tapi tu lah. pemula, PUNCA kepada revolusi rakyat bukan rakyat itu sendiri. tapi PUNCA REVOLUSI RAKYAT ADALAH SISTEM PEMERINTAHAN. atau lebih jelas. PEMERINTAH.

Pemerintah punca kepada revolusi rakyat.
Siapa yang tidak mahu aman? dan bila ada revolusi keamanan negaraku akan tergugat?
tapi bila kami aman, rupanya ada 'mereka-mereka' yang main belakang, mengaburi kami dengan kesenangan, kemewahan, keamanan agar apa yang mengganggu kepada senang, mewah dan aman itu tidak akan kita sokong.

Teringat sirah Rasulullah. wah~!

Pada zaman jahiliyyah dulu, bila Rasulullah datang membawa agama Islam, ramai bangsawan Quraisy yang menempelak dan marah dengan usaha Rasulullah tu. sebab apa? sebab Islam menjalankan keadilan, kebersihan dan macam-macam kebaikan lagi yang mana akan menggugat kedudukan, status dan kekayaaan bangsawan Quraisy.

Jadi kedatangan Rasulullah membawa risalah Islam adalah bagi aku sebuah transformasi dari penghambaan kepada berhala, I mean dunia kepada perhambaan kepada Allah.

berbalik kepada era 2013, bila hak rakyat dinafikan dan mereka ditindas, maka atas beberapa desakan mereka akan akhirnya bangkit membuat revolusi. Revolusi ini sudah bermula sejak sebelum kita merdeka lagi. So itu perlu la kan, bila mana pemerintahan yang dilaksanakan tidak membela rakyat, menikam rakyat dari belakang, berjoli sakan dengan barang kemas, bercuti di hotel-hotel mewah. untuk apa semua tu? mananya kebaikan dari semua tu untuk rakyat?
rakyat memberontak bila pemerintahan tidak telus dan culas.

itu baru pembuka. haha.

REVOLUSI MAHASISWA.

hah? mende plak revolusi mahasiswa?
Sama jak. cuma tukar rakyat tadi sebagai mahasiswa dan pemerintah sebagai pihak pentadbiran.

rakyat=mahasiswa.
pemerintah=pihak pentadbiran universiti.

Revolusi mahasiwa=mahasiswa bangkit.
kenapa perlu mahasiswa bangkit?
sebab pihak pentadbiran ada yang culas.
kenapa pihak pentadbiran culas?
sebab ada kepentingan sesuatu badan yang mahu mengaut keuntungan.
siapakah badan yang dimaksudkan?
sebuah badan yang mahu kekal memerintah. agar hasil rakyat dapat dikaut semua. agar perut mereka dapat buncitan semua.

Mahasiswa=aku=kamu=kita.

Kita mahasiswa. kita berhak bersuara untuk meminta penjelasan kepada perkara-perkara yang tidak kita sepakati. dan tidak menjadi kesalahan bila kita mahu bertindak atas sebab, pihak pentadbiran dan wakil pelajar tidak berbuat apa-apa. hanya tunduk dan patuh. angguk dan geleng bila diperintah demikian.

kita mahasiswa. yang bangkit la. aku tak cakap tentang mahasiwa yang tidak mahu bersama dalam kebangkitan ini. cumanya kepada mahasiswa-mahasiswa ini dapat menyokong, kalo tak mau sokong pun. cukupla berdiam diri tapi jangan menjatuhkan semangat mahasiswa yang ingin bangkit ini.
bukan semua orang berani. dan mereka si pemberani. Syabbas bhete.

FEAR IS A PRISON. bila takut, banyak fikiran kita yang akan membantutkan usaha dan gerak kerja yang kita mahu lakukan tadi.
jadi perlu untuk sesetengah perkara, BUAT BARU FIKIR KEMUDIAN.
aku sudah tidak mahu jadi kambing hitam! aku mahu pentadbiran universiti yang lebih baik! bukan untuk aku sahaja, tapi untuk kawan-kawanku yang lain dan juga adik-adikku nanti yang akan menggantikan tempat ku di universiti ini.


FEAR NO MORE. NOTHING TO FEAR WHEN ALLAH THERE FOR US. 

jerebu takutku menghilang.
sinar kebangkitan terang benderang.
bukan aku menentang
melainkan mahu berjuang.
bukan untuk aku dan kita
tapi untuk adik kita yang akan datang.

"Jika kita menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Muhammad:7

sekian :)






Comments

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

Cik Sambal Kembali