Sayyidul Ayyam terakhir.

Bismillah. Assalamualaikum.

hari ini hari jumaat,
solat jumaat kewajipan umat,
tapi ada yang mengabaikan solat,
dimanakah akidah umat Muhammad?

Allahu Allah, kedengaran azan Zohor berkumandang di Masjid Darul Aman.
Sungguh. rindu bertandang. rindu dengan Masjid Darul Aman dan peristiwa-peristiwa yang pernah kami lalui bersama.
Salam dari bilal bersambut. Lalu berkumandang lagi azan untuk kedua kalinya.
Lalu khutbah dibacakan.
Valentine Day: Bukan Budaya kita.
tapi bukan teks khutbah yang ingin saya kongsikan.
Melainkan rasa yang dirasa saat menjejakkan kaki semula ke tanah bertuah ini, Sandakan.:)

Ada apa dengan Sandakan?
Ada Meatul Humairah la :D
heee..bukan.
ku lihat Sandakan, bandar kecil punya alam semulajadi yang ku kira masih terjaga pada lima tahun sebelumnya.
The Nature City, Sandakan. yeah. itu lah gelaran yang digalas oleh bandar kecil ini.
mati karan, masalah air itu perkara biasa untuk kami.
SEMULA JADI kan :p

Ku lihat kini, bandar kecil ini kian membangun.
Kian banyak bandar-bandar kecil menghiasi landskapnya.
Tapi yang ku lihat juga, sahsiah anak-anak mudanya masih tidak berubah.
Yang ku lihat juga, liau-liau nya sama hebat dengan anak mudanya.
perjudian menjadi hiburan.
kencing setan menjadi tegukan.
kelab-kelab malam menjadi kunjungan.

Astaghfirullah. sayu. sayu sekali.
perubahan tu ada. tapi yang ini. semakin teruk ku rasa.
apakan daya. masih berjuang di bumi bertuah Melaka.
kelak ku balik, pasakkan diri berbakti untuk Sabahku.

TAPI. di mana ada kebatilan. pasti ada yang HAQ sedia untuk meluruskan akidah-akidah umat bandar kecil ini.
Aku terharu. tersenyum kecil.
aku bisa melihat, anak muda bermain bola dengan menutup aurat. lengkap berseluar panjang dan baju lengan panjang. walau dia seorang sahaja dalam lima belas orang yang bermain, menutup aurat. itu sungguh menggamit perasaan. insyaAllah dari seorang akan ramai lah orang yang menutup aurat kelak.

Alhamdulillah sekarang punya NGO-NGO yang giat menebar dakwah dan cuba memberi kefahaman yang sebenar di bandar kecil ini.
Semoga kalian dipermudah. ganjaran jannah menanti anda!

Jika dulu, aku selalu mempersoalkan.
Mana anak muda yang menuntut ilmu agama?
Mana dia santri dan santriwati dari sekolah pondok agama?
Mana dia arkitek-arkitek yang di mengaku beragama?
Mana dia sang doktor yang belajar luar negara?
huh. keluhan kecil.

lalu teguran kecil menyapa.
mungkin mereka belum siap bersama masyarakat.
mungkin mereka belum ada kekuatan untuk bersama menegur kezaliman.
mungkin mereka belum ada kesedaran yang masyarakat bandar kecil ini perlu di Islahkan.

lalu aku.melihat diriku semula.
apa yang ku sudah buat untuk mereka?
apa yang sudah ku gunakan umur ku yang ada?
apa yang ku luangkan pada masa ku yang lapang?
tepuk dada tanya iman.

jika di Melaka sana, ku bisa lihat anak mudanya menjaga waktu solatnya.
wanitanya bisa menutup kepala walau bukan menutup aurat dengan sempurnyanya.
jika dibandingkan sini dan sana dari sudut kefahaman.
memang di bandar kecilku ini ramai lagi yang tidak faham.

dan hari ini Sayyidul Ayyam ku pertama dan terakhir di bumi Sandakan untuk cuti semester kali ini.
salam ukhwah sekencang dakwah.

sekian :)


Comments

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

This Is My Hijab.