Untuk kita:wanita/muslimah

Bismillah.
Salam alaik, kadang ada isi yang panjang dan terasa penting, moleklah di kongsikan bersama :)
dan ini hasil kerja keras saya meng'copy' 'paste' :D


Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia?
Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia.
Jangan kau riak dan ujub. 
Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. 
Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga.
Lupakah? 
Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. 
Sia-sia sahaja!
DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat?
Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. 
Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. 
Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh.
Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, 
usah kau mimpi dan angkuh! 
Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? 
Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.


Comments

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

Cik Sambal Kembali