Cerita ayah (2) : Master Chef Engineer?

Bismillah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dan segala puji dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W masih diberi nikmat hidup, bernafas pada hari ini untuk bertaubat di atas dosa-dosa kemarin dan yang lepas.
Semalam, sebaik sampai mau update ini blog, tapi saya terasa sedikit penat nhe di atas perjalanan dari Sabah--->LCCT--->Melaka. Alhamduilillah akhirnya saya sampai dibumi bertuah Melaka pada pagi semalam bersama seorang sahabat dari  Kota Kinabalu.

Ini kali saya copy paste cerita ayah tentang Hidangan Sang Isteri.
Joom enjoy baca! Semoga Allah redha :D

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

Senyum.


dari ayat awal lagi buat saya tersenyum. "Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. " al-sebab? mungkin yang mengenali saya sudah tahu. tapi bagi yang belum. I'm an engineer to be, InsyaAllah. And I love to cook! hehehe...mungkinkah nukilan ini akan dituliskan oleh anak-anak saya nanti? Wallahu a'lam :)
Cumanya dalam tulisan ayah nhe, agak terharu dengan layanan si suami ke atas isterinya. Memahami dan menjaga hati sang isteri yang dalam kepenatan.
Masih ada lagi ka suami yang begitu? Tepuk dada tanya iman. :)




sekian :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Run For Your LIfe!!!!

Pesan ayah (2)

Cik Sambal Kembali